Laporan Eksklusif, Sukan Hari Ini

Penyokong Bergaduh, Menteri Mohon Maaf

SIKAP segelintir penyokong Malaysia yang bertindak ganas terhadap penyokong Vietnam dikritik oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pergaduhan yang tercetus di dalam Stadium Shah Alam sedikit mencemarkan saingan separuh akhir pertama Piala AFF 2014, di sini, malam tadi.

Demikian luahan beliau menerusi laman sosial, facebook:

“Apa yang lebih mengecewakan saya malam tadi bukan kekalahan kita atas padang tetapi tindakan segelintir penyokong Malaysia terhadap penyokong Vietnam.

“Walaupun saya masih menunggu laporan rasmi dari pihak polis dan FAM, berdasarkan maklumat yang saya terima dan apa yang saya sendiri nampak, para penyokong Vietnam diserang oleh segelintir fans Malaysia di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF.

“Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia.

sikap1

“Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua.

Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti?

“Oleh kerana penyokong-penyokong ganas ini tidak akan mohon maaf dan tiada sebarang respons daripada FAM (mungkin esok ada), saya mohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam pada malam tadi. Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan tersebut.

Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar.

“These violent fans do not represent Malaysia. My sincere apologies on behalf of Malaysia for the actions of these small number of irresponsible thugs.

We hope for a great second leg in Hanoi, competitive on the field and friendly in the stands.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");