Perak Hari Ini

Perak Terpilih Anjur Program Utama MyFest 2015

IPOH : Perak dipilih sebagai lokasi penganjuran beberapa acara kesenian dan kebudayaan mega sempena Malaysia Year of Festivals (MyFest) 2015 yang bakal dilancarkan pada 10 Januari 2015 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi pemilihan Perak sebagai salah satu lokasi MyFest 2015 merupakan peluang yang baik bagi menarik pelancong ke Perak kelak.

“MyFest 2015 merupakan kesinambungan Tahun Melawat Malaysia 2014, yang merupakan misi negara memerlukan kerjasama semua pihak untuk mempertingkatkan kesenian negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmiaan dalam Majlis taklimat bersama penggiat industri pelancongan dan kebudayaan Perak bersempena tahun MyFest 2015 bertempat di hotel Casuarina@Meru Ipoh.

Taklimat pemasaran dan promosi MyFest 2015 kali ini disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Junaida Lee Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Tourism Malaysia, Chong Yoke Har.

Tambahnya lagi melalui pendekatan sebegini berupaya memberi impak positif kepada industri pelancongan negara dan diharapkan pemilihan Perak sebagai salah satu lokasi mampu memberi kesan positif kepada industri tersebut secara amnya.

nolee2

Beberapa acara kesenian dan kebudayaan mega sempena MyFest 2015, iaitu empat acara utama iaitu Perak Food Fest, Festival Rebana Perak, Festival Homestay Perak dan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA).

Perak Food Fest yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mac 2015, mengetengahkan kepelbagaian makanan khususnya di Lenggong manakala Festival Rebana Perak bakal menemui orang ramai pada 19 hingga 20 September tahun hadapan bertempat di Dataran Ipoh.

Sementara itu, Festival Homestay Perak pula dijangka diadakan pada 26 hingga 27 September di Persisiran Sayong Kuala Kangsar yang bakal memperkenalkan budaya dan keunikan inap desa melalui pakej, kebudayaan, keseniaan dan warisan.

Seperti kebiasaan Pulau Pangkor merupakan destinasi penganjuran Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) bertujuan meningkatkan kesedaran dan apresiasi seni dalam masyarakat yang dijangka diadakan pada 10 hingga 13 Disember tahun hadapan.

Pemilihan logo MyFest 2015 berasaskan peralatan muzik tradisional dikenali sebagai rebana ubi merupakan lambang kepada alat muzik yang dikaitkan dengan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Bertemakan “Endless Celebration” setiap tahun dipenuhi dengan pengisian perayaan, festival budaya, eko-pelancongan dan persembahan muzik serta promosi makanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");