Sukan Hari Ini

Perlis juara Piala Emas Raja-Raja

TEMERLOH: Perlis menewaskan Pahang 2-1 untuk mempertahankan mahkota kejuaraan GT Radial Piala Emas Raja-Raja 2014 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di sini, malam tadi.

Perlis membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala Pahang selaku naib juara menerima RM20,000.

Perlawanan babak pertama seimbang tetapi tuan rumah mendahului pada minit ke-32.

Gol itu adalah jaringan M Fauzi Roslan yang menyambut sepakan sudut daripada Azidan Sarudin.

Keputusan separuh masa pertama kekal dengan jaringan 1-0.

Selepas rehat, Perlis bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-75 menerusi pemainnya, Adrien Jurad yang melepaskan satu tendang cantik membolosi pintu gol Pahang.

Perlis sekali lagi berjaya merobek gawang tuan rumah menerusi Pahang melalui , Anas Shaharom yang melepaskan rembatan kencang di minit terakhir perlawanan. Keputusan 2-1 berpihak kepada Perlis sehingga tamat permainan. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");