Perak Hari Ini

Permaisuri Perak Beri Sumbangan dan Semangat Kepada Mangsa Banjir

KAMPUNG GAJAH: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat meninjau keadaan banjir yang berlaku di Kampung Gajah sambil bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada mangsa banjir di sini hari ini.

Mangsa seramai 655 orang ditempatkan sementara di pusat perpindahan banjir Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor Kampung Gajah Perak berikutan banjir yang melanda kawasan ini empat hari yang lalu.

Baginda turut berkenan melawat kawasan sekitar Kampung Gajah yang terjejas akibat banjir berkenaan sambil bertanya khabar dengan kesemua mangsa banjir.

Raja Permaisuri juga turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai bagi meringankan sedikit bebanan mangsa banjir kali ini.

Antara kawasan yang terjejas banjir seperti Mukim Pulau Tiga seperti Teluk Sareh, Pulau 3 Kiri, Tanjung Bidara, Pasir Garam, Pasir Kubu dan Padang Gertak.

Sementara itu Baginda turut mengadakan lawatan di empat pusat perpindahan sementara Mukim Kampung Gajah iaitu Dewan Millennium, Pusat Latihan Felcra Changkat lada,MRSM Pasir Salak dan Sekolah Dato Sagor.

Sehingga hari ini, seramai 1,361 mangsa banjir daripada 392 keluarga telah terjejas akibat banjir yang disifatkan paling buruk berlaku oleh kebanyakan mangsa kali ini.

Kejadian banjir yang sudah masuk hari keempat hari ini berada di tahap yang membimbangkan dan masih tiada tanda-tanda ianya akan surut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");