Sukan Hari Ini

Piala AFF: Khairy minta polis, FAM halang samseng masuk stadium

ALOR SETAR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta polis membuat risikan awal bagi menghalang samseng bola sepak memasuki stadium pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand, 20 Disember ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ia bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti yang berlaku kepada penyokong Vietnam pada 7 Disember lalu di Stadium Shah Alam.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama itu Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam.

Beliau berkata 15 individu yang terbabit dengan insiden menyerang penyokong Vietnam, perlu dihalang oleh pihak polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada memasuki stadium.

“Kawalan keselamatan diharap lebih ketat lagi. Tempat duduk penyokong Thailand tidak boleh diceroboh oleh penyokong negara ini,” katanya pada sidang media sempena Program ‘Hello YB!’ anjuran Barisan Nasional Youth Volunteer Kedah (BNYV) di sini, hari ini.

Dalam insiden itu, sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang kecewa dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam serta seorang penyokong pasukan pelawat cedera dipukul. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");