Perak Hari Ini

PKNP Rancang Bangunkan Tapak Industri Di Lapan Daerah Terpilih

IPOH : Kerajaan Perak melalui Perbandanan Kemajuan Negeri Perak( PKNP) sedang giat merancang pembangunan tapak industri baharu di lapan daerah terpilih seluruh Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor,  Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, antara lapan daerah tersebut ialah Batang Padang, pembangunan industri melibatkan kawasan sebanyak 43.1 hektar, Kinta (industri 43.1 hektar), Perak tengah (8.1 hektar), Hilir Perak (1.376 hektar) dan Kuala Kangsar (49 hektar).

“Terdapat juga kawasan cadangan bagi estet industri yang diurus tadbir oleh pihak swasta MK Land,” ulasnya.

Beliau menjawab soalan lisan yang diajukan oleh Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) dalam sidang Dewan Negeri Perak, hari ini.

Menurut Zahir lagi, kerajaan negeri turut mempunyai cadangan untuk menyediakan kawasan tapak industri tambahan di kawasan industri Bemban dan Tanjung Malim.

“Namun kawasan tersebut masih di dalam peringkat kajian dan perancangan,” ujarnya.

Katanya lagi, bagi pembangunan industri di Utara Perak,PKNP telah mengenal pasti untuk menambah fasa-fasa pembagunan tambahan terhadap taman-taman perindustrian sedia ada yang dilihat berpotensi.

Bagi pembangunan kawasan industri Simpang Lima dan Parit Buntar katanya, mempunyai kemudahan infrastruktur dan utiliti yang baik termasuklah kemudahan paip gas.

“Kawasan perindustrian yang dibangunkan oleh PKNP pada tahun 1990, melibatkan 69.83 hektar berasaskan kepada eletronik dan elektrik, plastik, kertas dan pakaian telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 penduduk tempatan ,” ujarnya.

Tambah beliau lagi cadangan kepada pembinaan tangki air baru dalam kawasan perindustrian berkenaan dengan kos melibatkan RM2.3 juta juga masih di dalam kajian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");