Jenayah

Polis Perancis hapus rangkaian hantar pejuang jihad ke Syria

PARIS: Polis Perancis hari ini melancarkan serbuan di seluruh negara itu bagi menjejaki rangkaian yang terbabit dalam penghantaran pejuang jihad ke Syria.

Sumber polis negara itu memaklumkan kepada AFP, unit elit dan anti-keganasannya digerakkan ke kawasan sasaran di seluruh negara berkenaan terutama di wilayah selatan Toulouse dan kawasan Paris dan wilayah utara Normandy.

Bagaimanapun, masih tidak dimaklumkan berapa ramai individu yang berjaya ditahan.

Dalam beberapa bulan lalu, Perancis yang memiliki penduduk Islam terbesar di Eropah turut berdepan hakikat bahawa beratus-ratus rakyatnya secara terbuka menyertai kumpulan jihad di Iraq dan Syria serta diminta melakukan serangan ke atas negara mereka sendiri.

Antara bukti pembabitan rakyat negara berkenaan termasuk tayangan video dari militan Negara Islam (IS) dikeluarkan pada pertengahan November, menunjukkan tiga rakyat Perancis bersenjata membakar pasport mereka dan menyeru umat Islam untuk menyertai perjuangan atau melancarkan serangan ke atas Perancis.

Dalam pada itu, dianggarkan hampir 1,000 warga Perancis dari pelbagai latar belakang telah menyertai kumpulan jihad di Iraq dan Syria termasuk 400 yang sedang berjuang dan 50 sudah terkorban. -AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");