Berita Hari Ini

Prestasi MPT kini bertaraf empat bintang

TAIPING : Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mencapai peningkatan membanggakan dari segi prestasi apabila mencapai taraf empat bintang berbanding tiga bintang pada 2010.

Yang Dipertua MPT, Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata, kejayaan itu menunjukkan sub kriteria berjaya mendapat pemarkahan antara 95 hingga 100 peratus.

Menurutnya, antara sub kriteria yang mendapat 100 peratus ialah penyelenggaraan landskap, perancangan dan pelaksanaan projek.

“Bagi yang mencatat 95 peratus pula membabitkan sub kriteria undang-undang dan penguatkuasaan serta kawalan bangunan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, dalam usaha meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan yang diraih, MPT bersiap sedia untuk mengemas kini sistem kerja sedia ada dari semasa ke semasa.

“Oleh itu, seramai 40 peserta dari semua 16 jabatan, unit serta bahagian MPT telah menghadiri bengkel indikator kriteria dan sub kriteria sistem penarafan bintang pihak berkuasa tempatan (PBT) edisi kemas kini,” katanya.

Beliau berkata, bengkel selama dua hari itu diadakan untuk memperkemaskan strategi dan pelan tindakan langkah yang perlu dilaksanakan pengurusan serta warga kerja MPT.

Jelasnya, bengkel itu juga khusus untuk mengekalkan penarafan PBT empat Bintang dengan pemarkahan dan kedudukan daya saing yang lebih tinggi.

“Dalam bengkel ini, dua kriteria utama diberi penekanan iaitu pengurusan, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan, penyertaan komuniti dan pandangan penduduk,” katanya.

-sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");