Membawang Hari Ini

Prestasi ‘turun naik’

SELEPAS berada di kedudukan tercorot minggu lepas, Comey menunjukkan kebangkitan semula apabila tampil dengan persembahan menarik bagi minggu ketiga Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014.

Bertempat di Royal Theatre Shah Alam, Selangor, pentas tersebut dihangatkan dengan lawak Comey yang mana trademark mereka ‘Lu Apa Cita’ dan ‘Harey’ mengundang ketawa penonton.

Dianggotai Rophie dan Suhaimi, nyata percaturan mereka menerusi tema retro menjadi apabila memperoleh tiga bintang daripada juri selain persembahan dipuji sebagai selamba dan neutral.

Menjelaskan prestasi ‘turun naik’ Comey, Rophie berkata komedi bukan perkara senang untuk dicipta apatah lagi jika idea yang segar dan tidak pernah ditonjolkan.
Katanya, cipta lawak boleh disamakan dengan mencipta sesebuah lagu, tidak mudah untuk pelawak sepertinya.

“Kadang kala idea datang mengalir bak air dan di saat-saat tempoh latihan berakhir atau malam persembahan.

“Ada kalanya, kami memaksa otak untuk berfikir akan idea sehingga setiap malam mimpi buruk namun kami tidak dapat mencari jalan cerita yang bagus,” katanya.

Jelas Rophie, tersenarai dalam tiga kumpulan tercorot bersama Wala dan Samurai minggu lalu memberikan tamparan yang hebat buat mereka.

Pun begitu, mereka tidak mudah menyerah kalah. Mengambil kira setiap kritikan dan teguran juri, mereka bangkit berusaha lebih keras.

Tidak mahu berada di kedudukan tercorot, mereka nekad untuk bergabung idea dan melakukan persembahan terbaik untuk persembahan seterusnya.

“Secara jujurnya, kami agak gerun dengan kritikan dan teguran juri. Namun kami anggap ia positif dan sebagai teguran membina serta memperbaiki kelemahan Comey,” katanya.

Kumpulan ‘favourite’ kurang menyerlah

Sementara itu, Datuk Jalaluddin Hassan mengulas mengenai persembahan 13 peserta pada Jumaat lalu yang agak hambar berbanding dua minggu sebelum ini.

Malah beliau turut terkejut dengan persembahan kumpulan favourite seperti Virus, Shiro, SYJ dan Jalor yang kurang menyerlah serta tidak memahami konsep retro.

Sebaliknya pula bagi kumpulan underdog seperti Zero, Ekzos dan Comey, yang dilihat berjaya mengangkat idea lebih bernas berbanding peserta lain.

Walaupun dihidangkan persembahan yang kurang ‘lawak’ pada minggu ini, Jalaluddin bagaimanapun memuji Bocey yang tampil dengan idea kreatif dan di luar kotak pemikiran sehingga diberikan empat bintang.

Beliau berkata keputusan pada malam tersebut juga agak mengejutkan apabila Bocey (62.1) berada di tempat pertama dan diikuti kumpulan Sepahtu (60.2), Zero (53.8), Ekzos (52.7), Nabil (51.8), Comey (50.2), Shiro (45.3), Virus (42.7), Jalor (44.0), SYJ (40), Shake (35.9), Wala (32.9) dan kumpulan yang tersingkir, Samurai (31.5).

Ketua Komedi dan Sitkom Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Bob Azrai menjelaskan berkata, peserta tidak mengkaji terlebih dahulu mengenai tema retro pada minggu ini.

Katanya, tema yang dipilih pihak Astro itu adalah suatu yang ringkas dan mudah namun peserta dilihat tidak memahami konsep retro yang merangkumi muzik, budaya, pemikiran, komuniti dan sebagainya.

Dalam masa sama, Bob Azrai turut menepis pandangan segelintir pihak terhadap Astro dalam memilih tema persembahan sehingga peserta gagal memberikan persembahan terbaik.

“Kegagalan peserta membawa tema ini disalah tafsir oleh penonton dengan menyalahkan pihak Astro sebagai punca persembahan hambar malam ini.

“Sebaliknya, menerusi tema kali inilah juri dan penonton boleh melihat sendiri yang mana peserta yang bijak berkreativiti walaupun dengan tema agak sukar,” ujar Bob.

Selepas penyingkiran kumpulan Samurai, hanya tinggal 12 kumpulan akan beraksi untuk minggu hadapan dengan tema Parodi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");