Jenayah

Pura-pura jadi pelanggan

BANDAR MARAN – Tiga lelaki berpura-pura mahu membeli telefon bimbit bertindak menyamun sebuah kedai menjual peralatan komputer dengan bersenjatakan sebilah parang dalam satu kejadian di bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, tiga lelaki terbabit memasuki kedai tersebut dan bertanyakan mengenai telefon bimbit yang dipamerkan.

Pemilik kedai ditemani seorang pembantu perempuan yang tidak mengesyaki sebarang kelakuan mencurigakan, melayani tiga lelaki itu seperti pelanggan biasa.

Salah seorang penyamun mengeluarkan sebilah parang yang disorok di dalam baju sebelum mengarahkan pemilik dan pembantu kedai mengeluarkan telefon bimbit dari dalam cermin pameran.

Penyamun berkenaan mengambil empat telefon bimbit dan sebuah laptop yang berada di kaunter dengan anggaran kerugian lebih RM5,000.

Tiga lelaki terbabit melarikan dengan sebuah kereta yang diletakkan di hadapan kedai tersebut.

Jenis kenderaan dan nombor pendaftaran kereta digunakan suspek tidak dikenal pasti.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis daerah Maran, Asisten Superintendan Abd Razak Abd Majid mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah seksyen 395 dan 397 kanun keseksaan atas kesalahan samun berkawan tanpa senjata api.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");