Jenayah

Pusat hiburan saji tarian tiang diserbu

SHAH ALAM – Sebuah pusat hiburan di Lembah Klang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dengan harga setinggi RM1,000 diserbu, kelmarin.

Serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman diketuai Asisten Superintendan Mohamad Mohd Jais mendapati, pusat hiburan itu, turut menawarkan khidmat GRO mengikut warna selempang, dengan bayaran serendah RM50.

“Siasatan awal mendapati, pusat hiburan itu turut menyajikan persembahan tarian tiang setiap Khamis bermula jam 11 malam.

“Ketika serbuan dilakukan pada jam 2.30 pagi, seramai 40 GRO warga asing ditahan selain empat orang ‘ladyboy’ berusia 20 hingga 32 tahun. Ketika ditahan pelayan leka melayan pelanggan ,” katanya.

Menurut Mohamad, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Manakala GRO yang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dokumen perjalanan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");