Perak Hari Ini

Pusat Internet 1Malaysia dan Kampung Tanpa Wayar (KTW) Parlimen Teluk Intan Beroperasi Tahun Hadapan

IPOH : Kerajaan Negeri mengumumkan empat Pusat Internet 1Malaysia dan 20 buah Kampung Tanpa Wayar (KTW) di sekitar kawasan Parlimen Teluk Intan bakal beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, empat Pusat Internet 1Malaysia dijangka siap pembinaannya pada bulan ini dan sedia digunakan pada penghujung Januari depan.

Jelasnya lagi, 20 buah KTW yang terletak di sekitar empat pusat internet berkenaan pula dijangka beroperasi pada Mei tahun depan.

“Empat pusat internet berkenaan terletak di bandar baru Teluk Intan, Kampung Air Hitam, Taman Muhibbah dan Kampung Sungai Samah, manakala 20 buah KTW pula akan dikenal pasti di sekitar empat lokasi berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, Majlis Daerah Teluk Intan (MDTI) juga telah menyediakan kemudahan internet tanpa wayar di sekitar rumah rehat Teluk Intan dan Menara Condong iaitu meliputi jarak capaian seluas 300 meter.

“Dalam pada itu, MDTI juga bercadang menambah satu lagi kawasan capaian internet tanpa wayar iaitu di medan selera Teluk Intan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada R.Terence Naidu (DAP-Pasir Bedamar) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menjawab pula soalan tambahan yang diajukan oleh Cheong Chee Khing (DAP-Bercham) mengenai kadar radiasi daripada menara pemancar telekomunikasi yang boleh menjejaskan kesihatan, Shahrul Zaman menjelaskan perkara itu merupakan sekadar persepsi.

Menurut Shahrul Zaman, radiasi yang dipancarkan menerusi menara pemancar telekomunikasi adalah tidak berbahaya seperti diuar-uarkan sebelum ini.

“Inilah cabaran yang kita hadapi, di satu sudut, kita mahukan perkhidmatan yang lebih baik, tetapi apabila infrastruktur diletakkan berdekatan, kita rasa terancam.

“Saya harap persepsi ini diperbetulkan. Menara telekomunikasi yang dibina telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan tidak memberi ancaman kepada kesihatan, ” jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");