Berita Hari Ini

Pusat Parkinson pertama beroperasi akhir tahun depan

Putrajaya: Pusat Parkinson pertama di negara ini dijangka beroperasi selewat-lewatnya akhir tahun depan di bawah kelolaan Universiti Malaya (UM).

Naib Canselor UM Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin berkata, pusat perubatan itu dibina untuk memberi kemudahan dan rawatan kepada pesakit Parkinson, selain membolehkan pakar mengkaji lebih lanjut mengenai penyakit itu.

Beliau berkata, kos pembinaan pusat itu kira-kira RM10 juta dan RM4 juta daripada jumlah itu diperuntukkan untuk kos perubatan seperti mesin rawatan.

“Kami berharap dengan penubuhan pusat itu akan memberi layanan terbaik kepada pesakit menerusi rawatan dan diagnosis.

“Bagaimanapun buat masa ini kita masih mengadakan perbincangan untuk reka bentuk bangunan, selain sedang meminta kebenaran dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya pada sidang media selepas majlis Penyerahan Sumbangan Cek kepada Pusat Parkinson UM oleh Kumpulan Cepatwawasan Sdn Bhd (Cepatwawasan).

Pada masa sama, Yayasan Orang Asli turut menerima sumbangan RM200,000 daripada agensi sama.

Turut hadir, Penaung Yayasan Orang Asli Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor.

Ditanya mengenai pemilihan UM dalam projek itu, Mohd Amin berkata, ia adalah pusat pengajian tertua yang mempunyai pengkhususan dalam bidang perubatan.

“Selain itu kita juga mempunyai ramai pakar untuk membuat penyelidikan mengenai penyakit ini. Jadi, kita yakin dengan pakar yang ada dapat membantu mengubati penyakit ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Cepatwawasan Datuk Seri Mah King Thian berkata, sumbangan bernilai RM4 juta itu adalah sebagai tanggungjawab sosial koporat (CSR) syarikat berkenaan.

“Sumbangan membabitkan kos penyelenggaraan mesin dan barangan dalaman. Diharapkan dengan adanya pusat perubatan ini ia akan membantu pesakit parkinson yang kini sudah mencecah 100,000 di Malaysia,” katanya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");