Laporan Eksklusif

QZ8501: Mayat ditemui dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia

SURABAYA: Pegawai Indonesia berkata, pihaknya mengesan beberapa jasad di dalam air berdekatan lokasi pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia dilaporkan kali terakhir dikesan.

Mayat berkenaan sudah dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia.

Terdahulu di Pangkalan Bun, Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat.

Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak.

“Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak,” kata Tri di sini, sebentar tadi.

-BH Online –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");