Berita Hari Ini

Rancang perjalanan sempena musim perayaan

KUALA LUMPUR – Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (Plus) hari ini menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan sempena perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2015, berdasarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkannya.

Ketua Pegawai Operasi Plus Mohammad Fuad Khusairi berkata Plus menjangka jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat 15 peratus iaitu 1.5 juta sehari, menjelang musim perayaan itu berbanding 1.3 juta pada hari biasa.

Beliau berkata TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama bertujuan mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

“Plus menjangka orang ramai di Lembah Klang mula bergerak keluar pada 19 Disember sehingga 4 Januari. Justeru itu, Plus menasihatkan orang ramai yang menuju ke
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan antara pukul 6 pagi hingga 11 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengguna yang menuju ke destinasi Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin dan Bandaraya Melaka dinasihatkan memasuki lebuh raya di antara pukul 11 pagi hingga 2 petang.

Sehubungan itu, Plus menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");