Jenayah

Remaja maut terjun van

Rompin : “Arwah sempat berkata, nanti angah terjun apabila saya memberitahu brek van tidak berfungsi,” kata pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rozaidi Abdul Rahman, 46, yang terbabit dalam kemalangan van sehingga mengorbankan anaknya, Mohd Rosazwan Ashraf, 17, dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Bukit Pemandang berhampiran Bukit Ibam, Muadzam Shah, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang, remaja itu maut selepas melompat keluar dari van Ford Econovan dipandu oleh Rozaidi.

Rozaidi yang bertugas sebagai Pegawai Waran Udara 1 di Skuadran 322 TUDM Bukit Ibam berkata, selepas solat Jumaat, dia membawa anaknya itu ke tempat kerjanya di Kompleks Operasi Bukit Pemandang, Bukit Ibam.

Katanya, dalam perjalanan pulang di satu kawasan selekoh menuruni bukit, brek van dipandunya gagal berfungsi menyebabkannya cuba mengawal kenderaan itu daripada terjunam ke dalam gaung.

“Apabila sampai di selekoh ketiga dengan cerun kira-kira 70 darjah, kira-kira dua kilometer dari puncak bukit…tiba-tiba brek tak makan. Dalam keadaan panik, saya cuba pelbagai cara untuk memberhentikan kenderaan termasuk menggunakan gear satu sebelum van itu merempuh konkrit longkang.

“Ia kemudian bergesel di lereng bukit dan terhenti. Saya terus pandang belakang dan melihat anak saya sudah tiada di tempat duduk belakang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");