Perak Hari Ini

Restoran Terbakar di Taiping

TAIPING : Sebuah restoran di Jalan Market di sini, hampir musnah dalam satu kebakaran, malam semalam.

Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar jam 10 malam.

Setelah menerima panggilan pada jam 10.20 malam, pihaknya bergegas ke lokasi dan mendapati kemusnahan hampir 30 peratus akibat kebakaran di bahagian siling dan dapur.

Bagaimanapun, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran di kedai makan kategori kelas ‘A’ itu dalam tempoh setengah jam, tanpa sebarang kemalangan jiwa.

Operasi yang  diketuai oleh PBK II, Mohd Hisham  operasi tamat pada jam 11 malam.

Sehingga kini nilai kerugian yang dialami masih belum dapat dipastikan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");