Laporan Eksklusif

Ringgit Jatuh Ke Paras RM2.63 Berbanding Dollar Singapore

BAGI mereka yang gemar melancong ke Singapura, keadaan nilai ringgit yang jatuh berbanding dolar Singapura merupakan satu berita yang baik.

Nilai mata wang ringgit jatuh ke paras paling rendah dalam 10 bulan berbanding dolar Singapura, menyusuli kebimbangan bahawa kejatuhan berlarutan dalam harga minyak mentah akan melanda Malaysia yang turut mengeksport minyak.

Menurut laporan Berita Harian Singapura, sehingga 4 petang semalam, $1 boleh membeli RM2.63 – kemerosotan sebanyak 2.3 peratus berbanding RM2.57 minggu lalu.

Sementara itu di Kuala Lumpur Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada penutup hari ini sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia pesat membangun lain, susulan harga minyak mentah pulih daripada paras terendah dalam tempoh lima tahun, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut pada 3.4225/4255 berbanding 3.4320/3350 pada Isnin.

Peniaga berkata ringgit naik daripada penurunan mendadak sejak Jun 1998 semalam, berikutan pelabur beralih untuk menjual pegangan selepas minyak mentah pulih, bagaimanapun sentimen bulis dolar AS mungkin mengehadkan kenaikan.

“Menjadi pengeksport minyak bersih, kebimbangan terhadap kesan harga minyak ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berterusan,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali pound British.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura pada 2.6190/6215 daripada 2.6237/5280 pada Isnin, naik berbanding yen pada 2.8809/8839 daripada 2.8969/8004 dan meningkat berbanding euro kepada 4.2576/2620 daripada 4.2701/1749 sebelum ini.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.3822/3876 daripada 5.3725/2785 pada Isnin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");