Jenayah

Rumah kongsi terbakar

TRONG – Simpanan wang gaji milik seorang pekerja warga Indonesia hangus apabila rumah kongsi yang didiami bersama hampir 30 warga asing lain di Kampung Nibong dekat sini, terbakar.

Bobby Sulaiman, 38, berkata, wang berjumlah RM4,000 itu dikumpul untuk dihantar kepada keluarganya di Indonesia.

“Ketika kejadian semua penghuni tiada di rumah kerana masing-masing berada di tempat kerja. Saya tak sempat nak selamatkan apa-apa dan duit yang sepatutnya dihantar ke Indonesia juga hangus,” katanya.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan sebaris rumah kongsi yang diperbuat daripada papan musnah, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Ketika kejadian, semua penghuni terdiri dari warga Indonesia dan Nepal keluar bekerja di sebuah kilang berhampiran.

Bobby berkata, buat masa ini, mereka semua masih buntu untuk mencari penempatan baharu.

Katanya, kerugian buat masa ini dianggarkan melebihi RM30,000.

Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 8.46 pagi.

Operasi pemadaman yang turut mendapat bantuan dari Balai Pantai Remis dan tamat sepenuhnya jam 10.54 pagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");