Perak Hari Ini

Rumah Papan Musnah Dalam Kebakaran di Felda Besout

SLIM RIVER : Sebuah rumah papan musnah dalam satu kebakaran di Felda Jalan Besout 1, di sini pagi Rabu.

Menurut Sumber Balai Bomba dan Penyelamat Slim River kebakaran tersebut menyebabkan 75 peratus kemusnahan.

Pihaknya dilaporkan menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.58 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi bagi mengawal kebakaran.

fire1

Turut membantu mengawal kebakaran adalah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas ‘B’ berukuran 30×35 meter namun dalam kejadian ini tiada sebarang kemalangan jiwa.

Api berjaya dikawal sepenugnya dengan menggunakan satu saliran 200 kaki dan penggunaan sumber air daripada pili bomba bagi memadamkan kebakaran tersebut.

Operasi tamat sekitar jam 1 petang, diketuai PPgB Md Zin Mohd Saedin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");