Membawang Hari Ini

Semakin pantas ‘berlari’

Apa yang berlaku juga membuatkannya lebih mengenali watak manusia terutama sekali mengenai keikhlasan dan kejujuran.

“Biarpun kecewa dengan apa yang dilakukan bekas pengurus, saya tidak kesal kerana banyak yang saya pelajari. Sekarang saya lebih bebas serta puas kerana dapat merancang perjalanan kerjaya saya sendiri.

“Walaupun penat tetapi ia berbaloi. Jika saya memerlukan bantuan, kakak, abang dan rakan baik saya akan dijadikan tempat bergantung.

“Setiap yang berlaku ada rahmatnya. Jika sebelum ini saya tidak yakin untuk menguruskan diri sendiri, tetapi sekarang saya berkemampuan menguruskan segala kerja saya dengan baik dan lancar. Tiada orang tengah, semua janji temu saya uruskan sendiri yang menjadikan pekerjaan itu mudah dan telus,” katanya.

Menurut Arja, bekerja dengan keluarga sendiri lebih mudah kerana mereka lebih memahaminya, manakala rakan karib pula dia berkawan sejak belum bergelar artis lagi.

“Lebih baik saya bergantung harap kepada mereka yang mengenali saya sebelum saya terkenal lagi kerana segala kekurangan diri saya mereka tahu,” katanya.

Arja yang semakin bersemangat dengan kerjayanya berkata, dia tidak mahu lagi mengenang cerita lalu lantas dengan sokongan dan bantuan ahli keluarga, saudara-mara serta rakan, dia menubuhkan kelab peminat yang dinamakan Arjariozteam.

“Mereka yang akan menggerakkan aktiviti kelab dan bagi melancarkan perjalanan kerjaya seni pula meliputi lakonan, nyanyian dan pengacaraan, saya menubuhkan D’Arja Entertainment.

“Banyak agenda yang saya rancang dan terdekat pada 20 Disember ini saya akan mengadakan majlis pelancaran kelab peminat di Talent Lounge, Damansara Perdana.

“Setakat ini Kelab Peminat Arjariozteam sudah mempunyai 1,500 ahli dan saya yakin selepas majlis pelancaran, ia akan terus bertambah. Peminat adalah kekuatan saya untuk memantapkan lagi kerjaya seni yang sedang berkembang,” katanya.

Kepada mereka di luar sana yang ingin mengambil peluang untuk bertemu Arja pada 20 Disember ini bolehlah melayari Instagram pelakon itu iaitu @arjarioz.
Mahu buka kelas tarian

Tanpa berselindung, Arja juga berkongsi aspirasinya yang lebih besar untuk membuka kelas tarian yang dinamakan The Floor by Arja Lee.

Barangkali tidak ramai yang tahu suatu ketika dulu dia adalah penari dan kini kebolehannya itu mahu dikongsi dengan peminat.

“Sudah lama saya merancang untuk membuka kelas tarian ini yang akan dibahagikan kepada dua kelas iaitu tradisional dan hip hop.

“Syukur, Allah SWT mengabulkan setiap keinginan saya di mana perniagaan biskut, D’Arja Cookies yang diusahakan kakak saya terus mendapat sambutan walaupun di luar musim perayaan.

“Kualiti dan keenakan biskut itu menjadi sebutan dari mulut ke mulut yang secara tidak langsung membantu melariskan jualan,” katanya.

Tidak berhenti setakat itu saja, Arja kini mengorak langkah menceburi perniagaan menjual produk mandian dan cucian tangan berkonsepkan buah-buahan pada harga RM19 sebotol.

Produk itu menggunakan jenama Dr Aaron iaitu nama watak yang melonjakkan namanya dalam dunia lakonan menerusi drama Misiku Kuza.

“Saya menggunakan ruang yang Allah SWT beri untuk memantapkan kerjaya seni sambil meneroka pelbagai perniagaan kerana hidup sebagai anak seni ada pasang surut. Sedang ada ‘nama’ dan disayangi ramai, saya manfaatkannya untuk kebaikan sendiri dan peminat.

“Bukan mudah untuk saya menikmati kejayaan ini kerana saya bergiat aktif dalam dunia seni pun agak lewat kerana perlu menamatkan pengajian di USM (Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang) terlebih dulu.

“Saya perlu penuhi impian arwah ibu yang mahu melihat saya belajar setinggi yang boleh sebelum saya mencapai cita-cita sendiri untuk menjadi insan seni yang berjaya.

“Walaupun ibu sudah pergi meninggalkan saya, setiap pesanannya menjadi azimat buat saya,” katanya.

Perkembangan lain, Arja baru saja selesai menjalani penggambaran drama 26 episod terbitan Merpati Entertainment berjudul Embuk Belum Terbakar yang dilakonkan Ramona Rahman, Datuk Jalaluddin Hassan, Nasir Bilal Khan dan Fauziah Nawi.

Ajak peminat ke Istanbul

Demi menghargai sokongan peminat yang menjadinya popular seperti hari ini, Arja sedang merangka percutian ke Istanbul, Turki bersama peminat.

“Saya bercadang untuk ke Istanbul pada Mac ini kerana selain untuk merapatkan silaturahim dengan peminat saya mahu mengajak mereka menelusuri sejarah, keindahan dan keunikan negara itu.

“Saya sendiri yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana berharap kembara pertama bersama peminat itu akan mencatat kenangan paling manis,” katanya yang bercadang membawa 30 hingga 40 peminatnya dalam program itu.

Pada pertemuan itu juga, Arja dengan gembira beritahu pada April tahun depan dia akan mengadakan persembahan nyanyian pertamanya di Hotel The Royale Chulan di Damansara.

“Saya akan menyanyikan 10 lagu. Selain single pertama Cerita Pada Mereka, saya akan menyanyikan lagu ‘cover version’ yang muziknya digubah baru agar lebih segar pada halwa telinga peminat. Semua lagu itu akan dipersembahkan secara ‘unplugged’.

“Pada usia yang menjangkau 30 tahun saya tidak mahu ketinggalan apa-apa, malah akan memacu lebih laju dengan sokongan keluarga, rakan dan peminat serta media,” katanya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");