Jenayah

Sempat curi dua rantai emas

Ipoh: Kedai emas di persimpangan Jalan Ali Pitchay-Jalan Yang Kalsom disamun sekumpulan empat lelaki, 2.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 2.30 petang dan siasatan awal mendapati kejadian dilakukan empat lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh.

“Suspek dipercayai empat lelaki yang menaiki dua motosikal, namun hanya dua daripada suspek menyerbu masuk ke dalam kedai emas terbabit.

“Kedua-dua suspek berkenaan kemudian bertindak memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan tukul besi, namun hanya sempat melarikan dua utas rantai emas sahaja kerana ketakutan selepas penggera keselamatan premis terbabit berbunyi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, rantai tersebut bernilai kesluruhan kira-kira RM4,000.

Menurutnya, ketika kejadian, tiada pelanggan dalam kedai emas itu dan hanya terdapat seorang pemilik premis serta tiga pekerja, namun mereka tidak dicederakan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");