Jenayah

Serang penyokong Vietnam, polis minta tiga individu serah diri

KUALA LUMPUR: Polis minta tiga lagi individu supaya tampil menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan ketika aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014, di Shah Alam, 7 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata individu berkenaan diminta tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan polis.

“Setakat ini, 13 individu sudah ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat semua individu berkenaan supaya berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Asisten Superitenden Polis (ASP) Chang Sing Kong (0167723336) atau ASP Mohd Amirul (0124748870) atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam (03-55202222).-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");