Jenayah

Sergah penyamun berpistol

Jasin: Seorang warga emas nekad mengejar sebelum membaling parang pendek ke arah dua penjenayah bersenjata parang dan pistol dalam kejadian samun di Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, dua penjenayah berusia awal 20-an menerjah masuk ke rumah didiami Dusa Ahmad, 68, dan isterinya, Rokiah Johar, 50, bersama tiga anaknya berusia 9, 24 dan 27 tahun.

Akibat kejadian itu, keluarga terbabit kerugian hampir RM1,500 selepas seutas rantai leher dan sepasang subang tiruan dilarikan penjenayah terbabit selain seorang daripada mangsa mengalami kecederaan pada kedua-dua belah tapak kaki.

Menurut Dusa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum terdengar bunyi bising motosikal yang mulanya disangkakan rakan sekerja anak lelaki berusia 24 tahun bertandang ke rumah.

“Tidak lama kemudian, terdengar bunyi bising seperti orang bertengkar sebelum saya menjengah dari bahagian atas sambil membalas jeritan isteri seperti dalam ketakutan sebelum seorang penjenayah mengacukan pistol ke arah saya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");