Panasnya Hari Ini

Skuad Cuci Banjir Wanita UMNO Dilancarkan

KUALA LUMPUR : Keperihatian Barisan Nasional membantu mangsa banjir dizahirkan menerusi bantuan sukarelawan bagi membersihkan rumah-rumah mangsa yang terjejas teruk akibat bencana tersebut

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Skuad Cuci Banjir (SCB) Wanita UMNO Barisan Nasional (BN) disertai seramai 100,000 ahli yang digerakkan di seluruh negara.

“Skuad ini berperanan membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir dan membantu mengasingkan peralatan yang masih boleh digunakan.

“Ketika ini ada mangsa-mangsa yang sudah mula bergerak balik rumah yang sudah pastinya dipenuhi lumpur,” kata pada Pelancaran SCB Wanita UMNO BN di sini.

Selain itu beliau turut memaklumkan pembukaan Bilik Gerakan Bantuan Banjir di Ibu Pejabat UMNO yang dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Katanya, semua bahagian UMNO mahupun orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan yang dikendalikan oleh Pergerakan Wanita UMNO.

Sehubungan itu, agihan bantuan dapat disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");