Sukan Hari Ini

Suarez tamat kemarau gol, Messi cemerlang

BARCELONA: Luis Suarez menamatkan kemarau gol dalam La Liga Sepanyol apabila menyumbat gol ketika Lionel Messi beraksi cemerlang untuk menghadiahkan kemenangan 5-0 buat Barcelona ke atas Cordoba pada aksi awal pagi tadi.

Selepas meletakkan Barcelona di depan seawal minit kedua di Camp Nou, Pedro Rodriguez mengumpan bola pada minit ke-53 untuk Suarez merembat masuk gol pertamanya selepas kemarau jaringan dalam lapan perlawanan liga berikutan penggantungan selama empat bulan. Suarez pernah menjaringkan dua gol pada saingan Liga Juara-juara.

Gerard Pique menanduk masuk gol ketiga Barcelona pada minit ke-80 sebelum Messi meraih gol ke-14 dan ke-15 peribadinya dalam liga musim ini.

“Saya dapat jaringkan gol dan itu memberi ketenangan buat diri saya. Saya seorang penyerang dan saya perlu jaringkan gol tapi saya bantu pasukan untuk menang.

“Sebab itulah saya tidak terlalu memikirkannya,” kata Suarez.

Barcelona kini ketinggalan satu mata di belakang Real Madrid yang tidak bermain menentang Sevilla dari sekarang hingga 4 Februari depan kerana beraksi dalam final Piala Dunia Kelab di Maghribi.

Madrid menang piala itu selepas menundukkan kelab Argentina, San Lorenzo 2-0.

Sementara itu, dalam aksi lain, Valencia mendaki ke tempat keempat hasil kemenangan 1-0 ke atas Eibar manakala pemain tengah Levante, Andreas Ivanschitz menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan untuk mencatat keputusan seri 1-1 di tempat sendiri ketika menerima kunjungan Real Sociedad.

Sergio Garcia pula menjaringkan dua gol dan mencetuskan kelebihan ketika mengetuai barisan Espanyol yang terpaksa bermain dengan 10 pemain tetapi masih berupaya menang 3-1 ketika aksi di Rayo Vallecano sekali gus menambah derita Sociedad sebagai kelab tunggal yang masih belum mencatat sebarang kemenangan. -AP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");