Perak Hari Ini

Banjir Di Perak, Masih Perlukan Langkah Berjaga-jaga

PERAKTODAY12

PERAKTODAY11

BANJIR yang melanda Kuala Kangsar dan beberapa daerah di Perak dilihat masih belum menunjukkan tanda-tanda beransur pulih berikutan cuaca masih lagi tidak menentu.

Tinjauan Peraktoday.com.my di sekitar Kuala Kangsar mendapati meskipun paras air banjir semakin surut namun cuaca yang masih tidak menentu pastinya mengundang keresahan penduduk.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut mencemar duli berkenan berangkat meninjau sendiri keadaan banjir serta bertemu rakyat yang ditimba musibah banjir di daerah ini hari ini.

Seorang mangsa banjir yang ditemui di pusat perpindahan banjir Sekolah Kebangsaan Sayong lebih yang mahu dikanali sebagai Kak Yah, banjir kali ini merupakan banjir yang terburuk pernah dialaminya.

PERAKTODAY15

“Air naik hingga mencecah paras bumbung dan berlaku dengan pantas dan membimbangkan semua,” katanya.

Dia yang sudah tiga hari tinggal di pusat perpindahan banjir berkenaan bersama suaminya Zainal Baharin yang mengalami penyakit angin ahmar.

“Bantuan semua cukup tapi sangat berharap hujan akan reda boleh kembali semula ke rumah kami,” katanya.

Sementara itu seorang lagi mangsa Sulaiman Sahari yang ditemui juga turut menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan rumahnya yang dinaiki air sejak tiga hari yang lalu.

PERAKTODAY7

“Saya harap air banjir cepat surut supaya dapatlah kami pulang ke rumah untuk tinjau keadaan di sana,” katanya.

Pusat pemindahan banjir ini menempatkan mangsa daripada lima kampung seperti Kampung Sayong Lembah, kampung Sayong Tebing, Kampung Bendang Kering dan Taman Kelisa.

Setakat hari ini keadaan banjir di Kuala Kangsar kelihatan semakin beransur pulih namun kebanyakan kawasan masih disaran untuk langkah berjaga-jaga berikutan cuaca tidak lagi menentu.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, mangsa banjir yang ditempatkan di tempat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Sayong adalah seramai 538 orang melibatkan 118 keluarga iaitu 145 lelaki dewasa, 185 perempuan dewasa, kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing 110 dan 88 orang.

PERAKTODAY

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");