Perak Hari Ini

Sumbangan Geran Berjumlah RM195,000 Untuk 39 PDK

IPOH:Sebanyak 39 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) menerima sumbangan berbentuk geran daripada Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Sumbangan keseluruhan berjumlah RM195,000 diserahkan kepada kesemua PDK tersebut dalam Majlis Jalinan Kasih Sanjungan Budi Bersama PDK peringkat Negeri Perak.

Ia telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Datuk Rusnah Kassim dalam majlis tersebut yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.

Rusnah dalam ucapannya berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk digunakan oleh PDK bagi manfaat kepada pelatih di pusat tersebut.

“Kerajaan Negeri sangat mengambil berat terhadap semua PDK yang berada di negeri ini yang menempatkan 1,162 pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Justeru, Kerajaan Negeri akan menyerahkan sumbangan berbentuk geran bernilai RM5,000 kepada setiap PDK,” katanya.

PERAKTODAY4

Beliau berkata, demi menunjukkan keperihatinan terhadap usaha PDK dalam mendidik anak-anak istimewa itu juga, Kerajaan Negeri turut menyumbangkan RM5,000 lagi bagi PDK yang ingin melaksanakan program.

“Sumbangan tersebut adalah sebagai bantuan kepada PDK sekiranya ingin menjalankan program yang boleh mendatangkan manfaat untuk anak-anak istimewa ini.

“Mereka boleh menghantar permohonan untuk kita berikan bantuan tersebut.

“Saya harap ia dapat digunakan dengan sebaiknya kerana ia merupakan amanah yang telah diberikan dan seharusnya diuruskan menggunakan cara yang betul,” ujarnya.

PERAKTODAY2

Sementara itu, beliau turut menyampaikan hadiah berupa sijil dan wang tunai kepada pihak yang terlibat sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan dan kemajuan mereka.

“Hari ini terdapat lima kategori penghargaan yang akan diberikan kepada PDK, penyelia, petugas serta OKU antaranya, PDK Inovatif & Berwawasan, Penyelia Kreatif & Dinamik, Petugas Contoh, OKU Sinar PDK (Lelaki) dan juga OKU Sinar PDK (Perempuan).

“Ini merupakan penghargaan kepada jasa yang ditaburkan bagi memastikan bakat anak-anak istimewa tersebut dapat dicungkil dan digilap supaya dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri mereka sendiri, tetapi juga kepada keluarga,” tambah Rusnah lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");