Jenayah

Suspek ke-4 kes bunuh dikenal pasti

Georgetown: Seorang lagi individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan lelaki warga Myanmar yang mayatnya dikerat dan dibuang di Bukit Mertajam serta Nibong Tebal bulan lalu kini dikesan polis.

Individu terbabit sudah dikenal pasti identitinya dan ia menjadikan jumlah keseluruhan individu yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu empat orang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, identiti dan foto seorang lagi individu terbabit diedarkan dalam masa terdekat dan polis berharap orang ramai memberikan kerjasama dengan menghubungi polis sekiranya mengenali individu berkenaan.

“Khamis lalu kami sudah mengedarkan foto dan nama tiga lelaki warga Myanmar yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes pembunuhan rakyat senegara mereka.

“Namun, hasil siasatan lanjut, kami mengesan seorang lagi individu dan identiti serta gambarnya akan diedarkan kepada media dalam tempoh terdekat,” katanya selepas memberi taklimat kepada pegawai dan anggota yang terbabit dalam operasi bersepadu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, malam kelmarin.

Bermula Januari hingga November tahun ini, 18 kes kematian membabitkan warga asing dilaporkan berlaku di negeri ini yang kebanyakan membabitkan warga Myanmar.

Ini termasuk penemuan anggota badan manusia yang dipercayai dibunuh dan dikerat sebelum dibuang di beberapa lokasi sekitar Bukit Mertajam dan Nibong Tebal November lalu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");