Jenayah

Syukur dalam derita

Mersing : Seorang ibu yang masih berpantang bersama bayinya berusia sebulan dan seorang lagi anaknya yang patah kaki selepas terbabit dalam kemalangan dua minggu lalu adalah antara mangsa banjir yang dipindahkan dari Kampung Cik Wook Sri Pantai, di sini, semalam.

Norhayati Sahyal, 40, terpaksa membawa bayinya itu Nikmat Aman Mohd Saleh dan seorang lagi anaknya Mohd Nasrullah Mohd Saleh, 16, yang patah kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dua minggu lalu serta enam anaknya yang lain ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pantai, di sini.

Menurutnya, suaminya Mohd Saleh Paye, 39, tiada ketika mereka dipindahkan kerana sedang bekerja sebagai pemandu lori.

Katanya, dia sekeluarga berpindah jam 10 pagi dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya bersyukur kerana dapat berpindah ke pusat pemindahan ini bagi mendapatkan tempat lebih selesa untuk bayi dan seorang lagi anak yang patah kaki disebabkan kemalangan jalan raya.

“Hujan yang turun sejak malam tadi (kelmarin) hingga petang ini (semalam) menyebabkan rumah saya dinaiki air sedalam 0.4 meter,” katanya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");