Isu Panas

‘Tak perlu pun’

Shah Alam: Tindakan DAP yang menuntut kerusi Timbalan Speaker II dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ternyata tidak disenangi rakan sekutu mereka dari PAS.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata, tiada keperluan untuk DAP menuntut jawatan Timbalan Speaker II kerana jawatan sedia ada sudah cukup untuk melancarkan perjalanan Sidang DUN.

Beliau berkata, secara peribadi tuntutan yang dibuat DAP itu dilihat tidak memberi kesan dalam perjalanan Sidang DUN sekiranya diterima kelak.

“Saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan, tetapi tuntutan itu dilihat tidak mempunyai keperluan kerana jawatan Timbalan Speaker hanya berfungsi ketika DUN bersidang.

“Jawatan Speaker dan Timbalan Speaker sedia ada dilihat berfungsi dengan baik dan tidak memerlukan sebarang jawatan tambahan,” katanya ketika ditemui di lobi Sidang DUN Selangor, semalam.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, tindakan DAP menuntut jawatan itu membuktikan tiada semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelantikan jawatan Timbalan Speaker yang dibuat sebelum ini juga dilakukan secara undian pada hari pertama Sidang DUN apabila Mohd Shafie Ngah (PAS) mendapat 28 undi berbanding Ng Suee Lim (DAP) yang hanya memperoleh 14 undi.

“Apa tujuan tuntut jawatan Timbalan Speaker II? Undian sudah dibuat dan PAS mendapat undi lebih daripada DAP, jadi mereka layak untuk jawatan itu.

“Jawatan Timbalan Speaker II ini dilihat hanya membazirkan wang rakyat selain dikhuatiri tidak berfungsi dengan baik dalam Sidang DUN,” katanya.

Ng yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu akan menuntut jawatan berkenaan diwujudkan dengan alasan DAP memberi sokongan penuh kepada Parti Keadilan Rakyat ketika krisis Menteri Besar.

Ini kerana Ng mengakui wujudnya perjanjian memberikan kerusi itu kepada DAP selepas tamat krisis dan Majlis Pimpinan PR sudah bersetuju melantik seorang lagi Timbalan Speaker DUN.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");