Jenayah

IS tawan juruterbang Jordan selepas pesawat terhempas di Syria

BEIRUT: Kumpulan IS menawan seorang juruterbang Jordan selepas pesawat tempur daripada pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) itu terhempas dalam misi menentang kumpulan itu di Syria.

Seorang pegawai kanan tentera Jordan berkata, juruterbang itu dijadikan tebusan oleh “pertubuhan pengganas IS” di wilayah Raqa.

Menurut laporan kumpulan jihad dan aktivis kepada Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu.

Bagaimanapun, tentera AS menolak dakwaan itu dengan berkata “bukti jelas menunjukkan kumpulan ISIL (IS) tidak menembak jatuh pesawat berkenaan”.

Sementara itu, US Central Command, badan yang menyelia misi ketenteraan di Iraq dan Syria, tidak memberi sebarang alasan berhubung nahas itu tetapi mengesahkan militan IS menawan juruterbang pesawat Jordan yang terhempas itu.

Kejadian itu adalah yang pertama sejak serangan udara ke atas IS bermula di Syria pada September lalu. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");