Perak Hari Ini

Tiada Kuota Kerja Mengikut Kaum Di MBI

IPOH : Pengisian jawatan kosong bagi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak tertakluk kepada sebarang kuota atau pemilihan kaum.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Saarani Mohamad berkata, kekosongan jawatan tersebut ditawarkan secara terbuka kepada kesemua kaum.

“Bagi tahun 2013 sebanyak 270 kekosongan manakala bagi tahun 2014, sehingga Oktober 2014 sebanyak 233 kekosongan tertakluk kepada penswataan pengurusan sistem pepejal,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan A.Sivasubramaniam (DAP-Buntong) dalam Persidangan Dewan Negeri Perak hari ini.

Menjawab soalan dari wakil yang sama, yang mempersoalkan peratusan pengambilan kakitangan bagi kaum India dan Cina yang kelihatanya begitu kurang sekali disebabkan pengambilan pekerja menggunakan sistem kuota kaum.

“Tiada sistem kuota jawatan dan penawaran jawatan dijalankan secara terbuka dan keputusan pemohonan adalah mengikut merit,” tegas Saarani.

Menurut beliau, jawatan yang diisi mengikut komposisi kaum iaitu Melayu (62), Cina (5), lain-lain (1) manakala bagi tahun 2014 pula, Melayu (53) dan India (3) orang.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");