Berita Hari Ini

Tiada MoU Perlombongan Bijih Besi Dengan Syarikat Dari China – Terengganu

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan pihaknya tidak pernah berurusan dengan Syarikat CAA Resources dan tiada rekod menunjukkan syarikat berkenaan pernah diluluskan perlombongan sama ada di Bukit Besi mahupun di tempat-tempat lain di Terengganu.

Ahmad Razif berkata kerajaan juga telah mengesahkan bahawa syarikat CAA Resources dan Red Sun bukan sebagai sub-kontraktor atau operator kepada mana-mana syarikat perlombongan di negeri ini terutamanya di Bukit Besi.

“Begitu juga syarikat-syarikat anak CAA Resources Sdn Bhd seperti Capture Bukit Besi Sdn Bhd dan Red Sun Resources Sdn Bhd yang mendakwa memiliki tanah lombong di Bukit Besi adalah bohong semata-mata.

“Kalau tidak percaya, tuan-tuan boleh membuat carian di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri atau mana-mana Pejabat Tanah di negeri Terengganu mengenai pemilikan tanah syarikat-syarikat tersebut,” katanya.

Ahmad Razif berkata CAA Resources Sdn Bhd memang membuat satu memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat swasta yang beribu-pejabat di Kuantan namun ianya tiada kena mengena dengan mana-mana pihak kerajaan negeri Terengganu.

Dalam persidangan Dun itu, Ahmad Razif sendiri menyatakan kekesalan terhadap pihak pembangkang yang lebih percaya kepada fitnah orang luar sehingga sanggup menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan mengadakan ceramah di merata tempat kononnya untuk menyelamatkan Bukit Besi.

Menurutnya tuduhan yang datang dari luar sepatutnya disiasat terlebih dahulu kebenarannya.

“Sepatutnya pihak pembangkang khususnya ahli-ahli yang berhormat bersama-sama bertindak mempertahankan kerajaan negeri daripada tuduhan-tuduhan liar, bukannya turut sama menyambung fitnah dan dakwaan yang sama sekali tak berasas,” katanya.

-mSTar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");