Membawang Hari Ini

Tiara tampilkan teater muzikal broadway Seussical

KUALA LUMPUR: Syarikat milik Datin Seri Tiara Jacquelina, Enfinti Academy akan mempersembahkan teater muzikal broadway, Seussical bermula 12 hingga 21 Disember ini di PJ Live Arts.

Sepuluh slot persembahan itu bersempena musim cuti sekolah bagi riadah seisi keluarga yang dipersembahkan oleh Enfiniti Vision Media.

Tahun lalu, pementasan Seussical Jr turut mendapat perhatian ramai apabila dipentaskan di lokasi sama.

Teater ini adaptasi daripada buku Dr Seuss dengan menampilkan watak-watak kegemaran ramai seperti The Cat In The Hat, Horton The Elephant, Gertrude McFuzz, Mayzie La Bird, The Grinch, The Whos dan ramai lagi.

“Seussical” menjadi muzikal teater yang sesuai dengan remaja dan keluarga dengan jalan cerita yang memaparkan semangat kekeluargaan dan setia kawan di antara keluarga, persahabatan dan masyarakat.

“Saya masih ingat semasa kecil, saya membaca buku Dr Seuss. Buku-bukunya pasport ke dunia fantasi tanpa batas imaginasi saya.

“Saya suka bagaimana ia menciptakan sebuah dunia di mana kata-kata boleh bermakna dengan membayangkan untuk menjadi apa saja yang anda mahukan.

“Ketika kami pertama kali mementaskan Seussical tahun lalu, penonton yang hadir dari peringkat dewasa hingga anak kecil tertawa terbahak-bahak dan bertepuk tangan bersama-sama dengan lagu yang menarik. Ia benar-benar menghiburkan hati saya.

“Ini jelas menunjukkan yang Seussical The Broadway Musical adalah sesuai untuk musim cuti bagi riadah sekeluarga,” kata Tiara yang juga penerbit eksekutif teater ini selain bergelar pengasas Enfiniti Academy.

Kata Tiara lagi, menerusi Enfiniti Academy beliau percaya bahawa kreativiti, imaginasi dan kepercayaan adalah faktor utama bagi generasi akan datang untuk menjadi pemimpin.

Beliau berharap Seussical akan melepasi imaginasi setiap kanak-kanak untuk berfikir.

“Selain daripada menghasilkan produksi di tempat seperti Istana Budaya, kami juga mahu melahirkan produksi yang sangat menghiburkan dan kualiti untuk seluruh keluarga. Ini adalah salah satu cara yang kita boleh memupuk penonton dan penyokong seni persembahan akan datang.

“Tahun ini, kami juga mempunyai lesen Broadway muzik penuh profesional, yang membolehkan kita untuk menyewa pelakon dewasa profesional, dan mempunyai pelajar yang terbaik dari Enfiniti Academy.

“Ini adalah pengalaman pembelajaran yang utama untuk pelajar teater muzikal, bekerja dengan individu yang terbaik dalam industri. Bagi pelakon dewasa, mereka menjadi mentor kepada orang yang lebih muda dan berkongsi pengalaman dan kemahiran mereka sendiri di sepanjang latihan dan pementasan nanti,” katanya.

Seussical The Broadway Musical akan dipentaskan dengan barisan para pelakon seperti, Safia Hanifah, Ruzana Ibrahim, Zalina Lee, Badrika Baluch Bahadur, Badrish Isdin Bahadur dan ramai lagi termasuk pelajar yang terbaik dan guru dari Enfiniti Academy.

Ada di antara mereka pernah terbabit dalam pementasan seperti Puteri Gunung Ledang , P.Ramlee The Musical, Broken Bridges dan The Producers.

Pelajar yang berusia 10 tahun iaitu Dheena Menon dan Joel Timothy juga akan membuat debut profesional mereka, memainkan peranan sebagai Jojo, anak kepada Mayor Whoville, yang mempunyai imaginasi yang luar biasa.

Tiket-tiket menonton teater ini dijual pada harga RM133, RM103, RM73, RM63 dan RM33 dan boleh diperolehi menerusi www.tix.my atau ke PJ Live Arts, Box Office, Ground Floor, Block K, 72A,

Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya. – oleh Zaidi Mohamad/[email protected] harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");