Berita Hari Ini

Tidak pernah bincang bom kapal

SHAH ALAM – Tindakan mengebom atau menenggelamkan kapal nelayan tidak terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) Garis Panduan Bersama Tentang Pelayanan Terhadap Nelayan yang ditandatangani antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (Bakorkamla) pada 2012.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish berkata, sebaliknya, MoU itu hanya meliputi tindakan menghantar pulang atau menangkap nelayan yang menceroboh perairan negara jiran.

“Jika mereka masuk kawasan kita, kita boleh halau. Di kawasan tertentu pula, kita ada hak untuk tangkap dan begitu juga sebaliknya dengan Indonesia.

“Tetapi kalau nak bom atau tenggelamkan kapal, kita tak pernah berbincang mengenainya. Mungkin itu dasar baru Indonesia dan kita akan rujuk balik dengan Bakorkamla,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, masih terlalu awal untuk Malaysia memberi maklum balas memandangkan pelaksanaannya belum dilakukan.

“Kalau benar Indonesia mahu ambil langkah sedemikian, terpulang kepada kerajaan sama ada mahu membantah atau tidak. Tapi sekarang kita tak boleh cakap apa-apa selagi benda tak berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan kenyataan tersebut boleh mengundang maklum balas negatif daripada negara lain.

“Itu dasar negara lain dan mereka boleh cakap apa yang mereka mahu. Tetapi kalau dilihat dari sudut antarabangsa, tiada negara lain yang pernah buat sebegitu.

“Malah, jika benar ia dilaksanakan, semua negara pasti akan respons secara negatif mengikut perspektif masing-masing,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Duta sahkan Indonesia akan bom kapal haram]-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");