Perak Hari Ini

Tiga Maut Tercampak Dari Lori

SITIAWAN : Tiga maut akibat tercampak dari lori yang terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan dekat Batu 9 Lekir pagi tadi.

Menurut Sumber Balai Bomba dan penyelamat bahagian Sitiawan panggilan kecemasan diterima sekitar jam 9.43 pagi tadi.

“Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori treler membawa muatan satu besi, sebuah lori muatan satu tan dan kenderaan Perodua Viva,” katanya.

Menurut sumber lagi, kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa yang menaiki lori bermuatan satu tan berkenaan, tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Sementara pemandu kenderaan jenis Perodua Viva berkenaan hanya mengalami cedera ringan sahaja.

“Anggota penyelamat telah bertindak menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat khusus bagi mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit,” katanya.

Manakala mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian berkenaan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan susulan.

Operasi menyelamat selesai sekitar jam 11 pagi tadi yang diketuai oleh PBK II Shaari Radhi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");