Jenayah

Tiga tahun jadi mangsa tipu

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan kerajaan kerugian berbelas ribu ringgit setelah menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Iqram Abdullah, 27, berkata, lelaki berkenaan juga merupakan rakan serumahnya sejak awal perkenalan.

Menurutnya, disebabkan hubungan antara mereka sebagai sahabat baik, dia terpedaya dengan alasan dan tipu helah lelaki berusia 34 yang berasal daripada Simpang Renggam, Johor itu.

“Saya kenal dia melalui Facebook dan ketika itu dia menyatakan hasrat mahu mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Jadi dia datang ke sini atas bantuan saya, termasuk pekerjaan yang dia dapat di sebuah pusat membeli-belah terkemuka juga atas bantuan saya.

“Namun dalam tempoh tiga tahun sebelum ini, dia banyak menipu termasuk melesapkan wang bayaran deposit dan sewa rumah berjumlah ribuan ringgit pada April lalu. Apabila sudah pecah tembelang, dia lari dari rumah dan buat laporan polis palsu terhadap saya menyatakan dia dipukul sedangkan saya di Johor.

“Saya juga pernah menjual kereta Viva milik saya untuk bantu beri wang kepadanya yang memberi alasan adiknya perlukan duit untuk sambung pengajian. Jika dihitungkan, hampir berbelas ribu ringgit saya telah berhabis untuknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Iqram menambah, lelaki yang dikenali sebagai Faris itu juga pernah menggunakan kekerasan terhadapnya setelah mendakwa dia memburukkan imej lelaki itu di laman sosial.

“Sudah banyak kali dia buat perangai dan tidak mengaku telah gunakan wang saya.

“Malah selain saya dan seorang lagi teman serumah, dia juga bermasalah sama dengan teman serumahnya yang lain ketika tidak menetap dengan saya,” katanya.

Ekoran kejadian itu, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap lelaki itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");