Sukan Hari Ini

Tiger kembali beraksi di kejohanan World Challenge

ORLANDO (Amerika Syarikat): Bintang golf sensasi, Tiger Woods kembali menyertai kejohanan selepas empat bulan dibelenggu masalah kecederaan di Isleworth, lokasi yang membongkar skandalnya lima tahun lalu, minggu ini.

Akibat kecederaan belakang yang berlarutan, Woods hanya beraksi dalam tujuh kejohanan pada 2014 sebelum dijadual beraksi dalam kejohanan jemputan 18 pemain di Hero World Challenge – kejohanan yang memberi manfaat kepada yayasan amalnya.

Tujuh daripada 11 pemain terbaik dunia akan beraksi termasuk pemain ranking lapan dunia dari Australia, Jason Day, pemain ke-11 dunia, Jordan Spieth namun pemain nombor satu, Rory McIlroy tidak beraksi.

“Kami semua amat teruja untuk menguji kemampuan dan bakat kami di atas lapangan,” kata Woods.

Woods yang kini menghuni ranking ke-24 dunia merubah edisi tahun ini dari California ke kawasan kejiranan di Isleworth di mana skandal seks terbesarnya bermula pada penghujung November 2009 yang membawa kepada penceraiannya bersama isteri, Elin pada 2010.

Hero World Challenge menjadi kejohanan pertama buat Woods sejak menamakan Chris Como sebagai penasihatnya bulan lepas selepas menamatkan kerjasama dengan Sean Foley pada Ogos. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");