Berita Hari Ini

TPM jamin urus masalah banjir

SUBANG JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan menguruskan isu banjir yang melanda beberapa negeri dengan sebaiknya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, tanggungjawab itu akan dipikul sepanjang ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di luar negara.

“Saya bertanggungjawab sekarang. Apabila Perdana Menteri tiada, saya bertanggungjawab dan uruskan negara ini sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri juga perlu berehat. Beliau sudah bekerja keras dan kita kena berlaku adil kerana beliau juga manusia biasa.

“Saya sudah maklumkan beliau agar jangan risau dan beri kepercayaan kepada saya. Kami akan uruskan (masalah banjir) dengan baik,” katanya dalam sidang media selepas majlis minum petang sempena Krismas anjuran Persatuan Kristian Malaysia, semalam.

Mengulas mengenai perkembangan terkini banjir, menurut Muhyiddin, usaha penyaluran bantuan kini berdepan masalah cuaca buruk.

Oleh itu, katanya, satu mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai banjir akan diadakan pada 27 Disember (esok)  bagi mengenalpasti usaha yang boleh dilakukan termasuk keperluan menambah aset pengurusan banjir selain milik kerajaan.-sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");