Jenayah

Tuntutan palsu RM7.95 juta

Kuala Lumpur : Dua beradik lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 11 tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah lebih RM7 juta berhubung urusan pembelian barangan elektronik, antara tahun 2008 hingga 2011.

Tertuduh, Lim Ann Kok, 60, pemilik syarikat kejuruteraan dan Lim Ann Liang, 47, pegawai kewangan bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila kesemua pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama, didakwa memberi invois J&M Power Resources Sdn Bhd, yang mengandungi pernyataan palsu iaitu mengenai pembekalan Electronic Dimmabe Ballast 26-42W, bernilai RM7.95 juta di Maybank Pudu Trade Finance Centre, antara Disember 2008 hingga Oktober 2011.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Mereka dibenarkan diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin, beserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");