Isu Panas

Usah politikkan lagi isu pendatang asing di Sabah – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berharap isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah tidak dipolitikkan lagi oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Ia susulan pengumuman keputusan yang dibuat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai perkara itu semalam

Beliau berkata, laporan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menunjukkan dakwaan pemberian kerakyatan oleh kerajaan kepada pendatang asing tidak berlaku.

“Keputusan yang kita (kerajaan) buat adalah telus, kita telah bacakan dan apa yang kita dapat serta individu yang memberi maklumat kepada kerajaan dah kita dedahkan.

“Kita tak simpan apa-apa pun, jadi rakyat boleh lihat. Harap semua faham dan jangan dipolitikkan keputusan itu,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan terhadap projek River of Life di depan Bangkok Bank, Masjid Jamek, Jambatan Lebuh Pasar Besar dan Dataran Merdeka di sini, hari ini.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");