Sukan Hari Ini

Zico: Kami belum selamat

KETUA Jurulatih Gajah Perang, Kiatisuk Senamuang melihat bekalan dua gol yang dibawa pasukannya menjelang aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 malam ini masih belum selamat.

Jelasnya, menyedari beraksi di tempat lawan, corak permainan menyerang tetap diterapkan dan bukannya bertahan.

“Saya lihat bekalan dua gol masih belum selamat, jadi kita akan terus memburu jaringan.

“Menentang Malaysia bukanlah tugas mudah, saya jangkakan perlawanan sengit bakal disajikan,” katanya yang mesra dengan panggilan Zico.

Mengulas tekanan beraksi di depan puluhan ribu penyokong tuan rumah, Senamuang yakin semua itu tidak menjejaskan tumpuan pemainnya.

“Malaysia akan dibantu dengan sokongan penonton, semua ini pernah kami lalui ketika kejohanan Sukan Sea dan Sukan Asia bermain di depan penyokong lawan.

“Saya percaya pemain mampu mengatasi situasi ini dan beraksi cemerlang,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");