Panasnya Hari Ini
Like

300 Petani dan Penternak Berhimpun Minta Campurtangan Menteri

January 8, 2015
205 Views
0 Comments
2 minutes read
300 Petani dan Penternak Berhimpun Minta Campurtangan Menteri

PUTRAJAYA: Seramai hampir 300 petani dan penternak di Perak hari ini telah membuat satu perhimpunan aman di luar perkarangan Pejabat Menteri Pertanian di Presint 4 dekat Putrajaya.

Perhimpunan tersebut majoritinya disertai oleh kaum India serta Cina yang mendakwa telah dizalimi berikutan tindakan Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan mengambil tanah pertanian mereka dekat Changkat Kinding dan Tanah Hitam.

IMG-20150108-WA0015

Perhimpunan tersebut berlangsung seawal jam 8 pagi di hadapan bangunan itu bertujuan untuk mendesak supaya menteri bertanggungjawab mengambil tindakan bagi menyelamatkan ribuan ekar tanah pertanian yang berhadapan dengan masalah pengusiran daripada Kerajaan Negei Perak.

Antara slogan yang kelihatan dibawa oleh para pendemo adalah ‘Tiada petani tiada makanan’ dan ‘kita mahu makan apa’ memenuhi perkarangan jalan raya berhampiran bangunan tersebut.

IMG-20150108-WA0012

Namun, rasionalnya, tanah yang dikatakan dirampas tersebut merupakan milik kerajaan negeri dan pegambilan semula tanah itu yang bertujuan untuk dibangunkan sebagai salah satu projek pembangunan di negeri Perak adalah sangat wajar.

Tindakan para petani yang membuka tanah untuk tujuan pertanian di tanah milik Kerajaan Negeri adalah salah disisi undang-undang dan mereka tidak boleh memperakukan bahawa tanah tersebut milik mereka sekiranya tidak mendapat kelulusan.

Sekiranya petani berkenaan ingin memiliki tanah tersebut, seharusnya saluran yang sah digunakan bagi mendapatkannya dan tidak perlu mengadakan perhimpunan seumpama ini bagi menyelesaikan masalah itu.

Semua pihak yang terlibat seharusnya sedar mengenai hak ke atas tanah itu meskipun ianya telah diusahakan setelah sekian lama dan perlu bersyukur kerana Kerajaan Negeri telah memberikan tempoh yang cukup lama untuk mereka melakukan aktiviti pertanian di tanah tersebut.

IMG-20150108-WA0017

Komen & Pendapat

Leave a Reply