Perak Hari Ini

58 Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Terima Bantuan Sekolah

IPOH: Bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat dan membantu golongan yang kurang berkemampuan, Techonology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) tampil membantu 58 kanak-kanak kurang bernasib baik menyediakan peralatan sekolah hari ini.

Menurut Pengerusi TPM, Datuk Nasaruddin Hashim, program Pembelian seragam sekolah kali ini melibatkan kanak-kanak daripada keluarga miskin, asnaf dan anak-anak yatim dari kawasan DUN Bota.

PERAK TODAY 1.

“Kali ini, TPM membantu menyediakan pembeliaan pakaian kepada anak-anak yatim di DUN Bota dengan membekalkan dua pasang pakaian seragam sekolah kepada setiap pelajar,” katanya.

Jelasnya lagi, bantuan yang disifatkan kecil itu diharapkan dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan sekolah anak-anak mereka terutama keluarga yang terjejas dengan banjir khususnya di kawasan Perak Tengah.

Tambahnya lagi, TPM juga akan menghantar misi kemanusiaan pasca banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan banjir seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Beliau berkata demikian sejurus selepas membantu kanak-kanak tersebut bagi memilih barangan peralatan sekolah dekat Mydin Meru Raya di sini, hari ini.

“Bagi Perak, kerja gotong-royong membantu rumah-rumah mangsa banjir akan dijalankan pada Sabtu ini melibatkan seramai 20 orang sukarelawan yang akan berganding bahu membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka,” katanya.

PERAK TODAY 6

Tambahnya lagi, keutamaan diberikan kepada warga emas dan orang yang kurang berkemampuan bagi pembersihan kediaman mereka dengan menggunakan peralatan khusus.

“Setakat ini, kerja pembersihan kediaman dan premis di Bota sedang berjalan dan beberapa gotong-royong dilaksanakan setiap hari,” katanya.

Agensi kerajaan mahupun pihak swasta katanya, turut mengambil peluang membantu mangsa banjir yang disifatkannya juga sebagai tanggungjawab untuk membantu mangsa yang memerlukan.

PERAK TODAY 9

Mengulas pula mengenai taburan hujan lebat yang turun sejak semalam, ia katanya, tidak menjejaskan daerah Bota berikutan kejadian banjir kali ini bukannya disebabkan oleh hujan lebat setempat tetapi disebabkan oleh hujan lebat yang turun di Hulu Perak lantas menyebabkan empat empangan di Perak melebihi paras air yang sepatutnya.

“Gotong royong pasca banjir yang giat dijalankan melibatkan pembersihan premis kerajaan dan awam. Perak Tengah seperti di DUN Bota bernasib baik kerana tiada sekolah yang terjejas akibat banjir,” ujarnya lanjut.

PERAK TODAY 7 PERAK TODAY 8 PERAK TODAY 5 PERAK TODAY 4 PERAK TODAY 3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");