Berita Hari Ini

AirAsia QZ8501: Sembilan Jenazah Berjaya Ditemui Setakat Ini

JAKARTA: Ketua Agensi SAR Nasional Indonesia (BASARNAS), Bambang Saoelistyo berkata dalam misi pencarian pada Rabu, pihaknya telah berjaya menemui beberapa jenazah penumpang pesawat AirAsia, QZ8501.

Menurutnya, setakat ini pihaknya telah berjaya menemui sembilan jenazah.

“Total jenazah yang berjaya ditemui setakat ini, adalah sembilan orang,” kata Soelistyo di pejabatnya di Kemayoran, Jakarta pada Khamis.

Beliau berkata, daripada sembilan jenazah yang ditemui enam daripadanya telah dihantat ke Surabaya untuk proses identifikasi.

Jelasnya, masih terdapat tiga lagi jenazah yang belum dihantar ke Surabaya, di mana dua daripadanya kini berada di Pengkalan Bun dan satu lagi di KRI Yos Sudarso.

“Ketiga-tiga jenazah tersebut adalah wanita,” katanya.

Soelistyo berkata, pihaknya dan pasukan mencari kini melakukan operasi carian di kawasan seluas 13,500 kilometer persegi.

Beliau berkata sebanyak 19 kapal laut dari Indonesia dan beberapa negara asing turut menyertai misi pencarian tersebut.

“Sementara itu, sebanyak sembilan buah pesawat digunakan dalam operasi pencarian di udara,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");