Membawang Hari Ini

Asam Pedas Untuk Dia, janji kelainan

BIARPUN menampilkan barisan pelakon baharu sebagai teraju utama, drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

Perkara itu diakui sendiri oleh pengarahnya, Mohamed Feroz Abd Kadir Sahib atau lebih dikenali sebagai Feroz Kader.

“Alhamdulillah, saya menerima maklum balas yang sangat memuaskan hati sama ada daripada laman sosial mahupun stesen televisyen (TV).

“Penonton terhibur dan suka dengan setiap karakter yang dibawa,” katanya kepada Zass.

Tambah Feroz, dia tidak menganggap pengambilan muka-muka baharu itu sebagai satu risiko.

“Saya tidak ambil apa-apa risiko sebaliknya saya memberi lebih pilihan kepada penonton.

“Tambahan pula, stesen TV sendiri juga memberi lampu hijau. Inilah masanya, kita mencari wajah dan pelapis baharu dalam industri.

“Apa yang saya lihat, penonton seronok menontonnya apatah lagi mereka punya tarikan tersendiri dengan lakonan sangat bersahaja,” katanya sambil memberitahu drama bersiri itu menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Morib dan Kuang.

Tak ubah jalan cerita

Menurut Feroz, setiap jalan cerita drama terbitan Frontrow Pictures tidak diubah bagi berlaku adil kepada novelisnya, Nureen Mirza.

“Selalunya, perbincangan dengan novelis hanya dilakukan menerusi penulis skrip saya.

“Jika ada pertukaran pun, ia tidak melibatkan jalan cerita,” katanya.

Jelasnya lagi, besar harapannya agar drama 24 episod ini terus mendapat perhatian peminat sehingga ke akhir episod.

“Apa yang pasti, drama ini menjanjikan kelainan buat penonton sambil di saji dengan lakonan yang bersahaja daripada pelakon selain memiliki jalan cerita yang sangat kuat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Feroz bakal bekerjasama sekali lagi dengan syarikat produksi, Global Station Sdn Bhd mengarahkan drama telenovela 148 episod tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga kini sedang sibuk mempromosikan filem pertama arahannya, Suamiku Encik Perfect 10 yang dijadualkan ditayangkan di pawagam berdekatan pada 22 Januari ini.

Drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia diadaptasi daripada novel berjudul sama terbitan Alaf 21 karya Nureen Mirza dan menampilkan barisan pelakon baharu seperti Dayana Roza, Shukri Yahaya, Adella Aryana dan Juli Farhana Marin.

Ia ditayangkan di TV3 menerusi slot Dahlia, setiap Sabtu dan Ahad, mulai 10 Januari lalu, jam 7 malam.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");