Perak Hari Ini

Banjir : Biro Kebajikan UMNO Malaysia Singgah Perak, Hulurkan Keperluan Asas Pasca Banjir

IPOH : Perak menjadi negeri pertama, lokasi penyerahan bantuan bagi peringkat pasca banjir dan seterusnya bantuan akan terus bergerak ke kawasan yang dilanda bencana seluruh Malaysia melalui Biro Kebajikan UMNO Malaysia.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir,  usaha tanpa mengira penat lelah daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia ternyata dihargai oleh semua bagi membantu mangsa banjir terutama sekali di Perak.

 

PERAK TODAY 1

 

Pujian juga diberikan olehnya mengenai keperhatinan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan dalam membantu menyalurkan bantuan kepada semua mangsa banjir di Perak kali ini.

“Pemberian hari ini melibatkan keperluan barangan asas bagi mangsa banjir memulakan kehidupan mereka selepas berhadapan dengan banjir,” katanya.

 

PERAK TODAY 6

Hadir menyerahkan bantuan sebanyak 3,500 perkakasan rumah bagi setiap barangan seperti tilam, bantal dan dapur tersebut oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim di Ipoh hari ini.

Jelasnya lagi, keadaan banjir di Perak di beberapa kawasan penempatan banjir menunjukkan penurunan dan kebanyakan daripada mereka telah pulang ke kediaman masing-masing.

 

 

PERAK TODAY 4

“Menjadi perhatian kini adalah khusus di kawasan terutama di Perak Tengah, Kampung Gajah dan Manjung manakala di Lenggong jumlah mangsa semakin berkurangan,” katanya.

Dr. Zambry berkata, pemberian sumbangan kali ini adalah kepada keluarga berdaftar, yang diberikan bantuan adalah kepada keluarga dan bukan hanya diberi kepada perseorangan.

 

PERAK TODAY 2

Kerajaan Negeri juga tambahnya masih meneliti kepada kos kerugian dan bantuan yang akan diagihkan kepada yang ditanggung dalam kejadian banjir yang melanda.

Jelasnya,, beberapa kawasan di Kuala Kangsar terutama di kawasan Manong masih terdapat  kawasan yang ditakungi air tidak mengalir lancar dan kini pihak Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Perak (JPS) sedang giat mengatasinya.

 

PERAK TODAY 14

 

“Pihak JPS sedang giat membantu mengepam air keluar daripada kawasan yang mengalami takungan air dan mengorek kawasan tertentu bagi memudahkan pengaliran air ,” katanya.

Kerajaan Negeri turut merafak kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berikutan sumbangan disalurkan melalui Yayasan Sultan Azlan berbentuk pakaian sekolah kepada lebih 1,000 pelajar yang terjejas dengan menyediakan dua pasang pakaian sekolah termasuk sepasang kasut sekolah.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");