Perak Hari Ini

Banjir: Gotong- Royong Perdana Eratkan Kerjasama

CUCI… Dianggar lebih 200 orang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan kawasan yang terlibat bencana banjir di Kuala Kangsar dalam Gotong-Royong Perdana yang diadakan hari ini dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan dan orang ramai.

PERAKTODAY6

Gotong-royong bermula seawal jam 9 pagi tadi diadakan di kawasan gerai milik Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) termasuk Arena Square yang terjejas teruk akibat dinaiki air.

 

PERAKTODAY2

 

Antara pemimpin setempat yang sama-sama menyinsing lengan membantu gotong-royong tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan juga ADUN Manong, Mohamad Kamil Shafie.

 

PERAKTODAY8

 

PERAKTODAY3

Ia juga melibatkan beberapa pihak antaranya pihak daripada agensi Kerajaan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), badan bukan berkanun (NGO), penduduk dan juga orang perseorangan.

 

PERAKTODAY9

Gotong-royong tersebut dianjurkan tanda keprihatinan pemimpin tempatan terhadap masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir seterusnya bertujuan untuk membersihkan kawasan yang menjadi daya tarikan pelancongan di kawasan tersebut.

PERAKTODAY10

Selain itu, ia juga dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir khususnya para peniaga di kawasan terbabit dalam menghadapi pasca banjir seterusnya mengurangkan trauma yang dihadapi oleh mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");