Perak Hari Ini

Banjir : Jangan Timbulkan Spekulasi Bantuan Kepada Mangsa – ADUN Belanja

PARIT : Semua pihak diiingatkan agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan tanggapan negatif berhubung penyaluran bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, masyarakat perlu katanya perlu memahami situasi berkenaan dan kerjasama perlu diberikan bagi memudahkan saluran bantuan berkenaan.

“Apabila arahan dikeluarkan untuk berpindah ke pusat perpindahan adalah perlu untuk berpindah,”katanya.

Jelasnya lagi, semua pihak mencuba sedaya upaya untuk membantu sehabis baik dan pusat pengumpulan  ditubuhkan khusus bagi penyaluran bantuan dan keluar masuk barangan dicatatkan.

“Tuduhan mengenai barangan bantuan yang tidak disalurkan ternyata salah sama sekali kerana segala urusan pengagihan dicatatkan kesemua,” katanya.

Tambahnya lagi, mentaliti perlu ditukar kepada usaha langkah untuk membantu mangsa banjir pada masa kini.

“Pandangan diterima daripada ketua kampung jabatan-jabatan dengan bantuan daripada semua pihak termasuklah orang perseorangan,” katanya.

Keadaan banjir katanya kembali pulih dalam tempoh 12 hari melanda dan pasca banjir kini adalah membersihkan kediaman dan meninjau kerosakan yang dialami

“Adalah ketetapan daripada tuhan, perlu menerima takdir tersebut dan kini semua pihak sedang bertungkus lumus bagi meneruskan aktiviti pembersihan,” katanya.

nizar1

Ujarnya lagi, setiap keluarga mendapat bekalan makanan bagi peringkat perpindahan pusat perpindahan di peringkat daerah dan sumber lain.

Sumbangan ini katanya juga tidak mampu memuaskan hati semua pihak namun sekurang-kurangan berupaya meringankan bebanan mangsa banjir.

Sementara itu, menurut Ketua Kampung Sadang, Sulaiman Mohd Yatim sumbangan kepada kesemua mangsa banjir adalah mencukupi.

“Setakat ini yang dikenal pasti hanya rumah kediaman  yang rosak namun tidak begitu serius dan kebanyakan mangsa telah pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Terdapat enam pusat pemindahan melibatkan seramai 318 orang mangsa termasuklah Kampung Changkat Banjar yang terputus hubungan turut disalurkan bantuan.

nizar2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");